"Canggih Betul!" - Restoran Mamak Ini Viral Guna Robot Jadi Pelayan Untuk Hantar Makanan

2021-03-21 | SAYS

Restoran mamak sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, di situlah port paling best kalau nak lepak dengan kawan-kawan


Perkara yang paling common apabila datang ke restoran mamak adalah kita selalu akan jerit "Anney! Teh tarik satu" apabila nak order minuman bukan?


Pekerja menyediakan pesanan tosei untuk pelanggan hanya dengan menekan button pada robot


Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @mrjack633, ia memaparkan seorang pekerja di restoran mamak sedang menekan beberapa butang di robot.


Dia kemudian memasukkan nombor meja sebelum mesin canggih itu bergerak sendiri untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.


Image from @mrjack633 (TikTok)


Image from @mrjack633 (TikTok)


Image from @mrjack633 (TikTok)


Sumber: https://says.com/my/seismik/canggih-betul-restoran-mamak-ini-viral-guna-robot-jadi-pelayan-untuk-hantar-makanan